Madu Sidir Yaman - ALBINANJI

Pokok Sidir Menurut Al-Quran

Surah Saba' (سبإ ): Ayat 15 & 16

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍۢ فِى مَسْكَنِهِمْ ءَايَةٌۭ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍۢ وَشِمَالٍۢ ۖ كُلُوا۟ مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لَهُۥ ۚ بَلْدَةٌۭ طَيِّبَةٌۭ وَرَبٌّ غَفُورٌۭ


[15]
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.

[Certainly there was a sign for Saba in their abode; two gardens on the right and the left; eat of the sustenance of your Lord and give thanks to Him: a good land and a Forgiving Lord!]




فَأَعْرَضُوا۟ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ ٱلْعَرِمِ وَبَدَّلْنَٰهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَىْ أُكُلٍ خَمْطٍۢ وَأَثْلٍۢ وَشَىْءٍۢ مِّن سِدْرٍۢ قَلِيلٍۢ
[16]
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

[But they turned aside, so We sent upon them a torrent of which the rush could not be withstood, and in place of their two gardens We gave to them two gardens yielding bitter fruit and (growing) tamarisk and a few lote-trees.]

================================
Surah Al-Waqiah : 27 -33
Menerangkan kecantikan dan kekuatan pokok dan buah dari pokok sidr.

[27]
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,



========================

Surah Al-Najm: 7 -18
Digambarkan sebagai pokok yang ada di Sidratul-Muntaha atau pohon syurga.

[7]

Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
[8]
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
[9]
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
[10]
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
[11]
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
[12]
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
[13]
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
[14]
Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
[15]
Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
[16]
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
[17]
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.


Pokok Sidir










Pokok Sidir biasanya terdapat di negara Yaman (Syam) di tanah Arab. Biasanya tumbuh di pergunungan Hadhramaut dan menjadi kegemaran lebah-lebah di sana menghisap nektar dari bunganya bagi penghasilan madu.

Pokok Sidir diterjemah secara am sebagai pokok belara dalam bahasa Melayu namun spesis pokok ini hanya terdapat di tanah Arab sahaja dan pengusaha madu golongan Badwi secara turun-temurun adalah di Yaman secara khususnya. Pokok ini mengeluarkan aroma bau buahan seumpama epal yang menjadi kegemaran lebah.

 

Make a Free Website with Yola.