MADU YAMAN DIIKTIRAF SEBAGAI MADU TERBAIK DI DUNIA
(Diterjemah dari buku arab - Sejarah hasil bumi Yaman)
Sejak
berjuta tahun dahulu, Yaman terkenal kerana madunya yang sangat baik
dan berkualiti. ‘Erathostenes’ seorang sejarawan, berkata Yaman adalah
satu kawasan yang amat subur dan mempunyai tempat-tempat yang sangat
sesuai untuk penghasilan madu kerana terdapat pohon ‘Sidr’ dan ‘Sumur’.
Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga
‘Sidr’ (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) dan ‘Sumur’ (Acacia Tortillis,
Forsk. Hayne).
Penternakan
lebah telah berkembang luas di lembah-lembah di Timur Yaman sebelum
kedatangan Islam lagi. Buktinya dapat dilihat dari lukisan-lukisan di
atas batu yang masih terdapat di kawasan itu. Antara gambar yang dapat
dilihat dari lukisan ini ialah sekumpulan lebah sedang berterbangan.
Dari gambar ini, dapat diterjemahkan bahawa sejak dahulu lagi, penduduk
Yaman telah menternak lebah dan pada ketika itu, madu yang terhasil
dinilaikan sebagai suatu yang amat berharga dan oleh kerana itulah
mereka melukis gambar-gambar ini.
Al-Hamdani
seorang sejarawan arab memberitahu, lereng-lereng gunung Hinwam, satu
daerah yang didiami oleh puak Ahnum (Hamdan) adalah antara kawasan bumi
Allah yang terkaya dengan lebah dan madu. Seorang penternak sahaja
boleh memiliki sehingga lima puluh Jibh (sarang lebah) atau lebih.
Malangnya
tidak ada maklumat khusus mengenai madu Yaman yang diberikan oleh Yusuf
bin Omar.Catatan sejarah pada zaman Rasul walaupun tidak menyebut lebah
telah mencatatkan hari-hari yang terbaik untuk mengumpul pelbagai jenis
madu Yaman.
Menurut
seorang sejarawan Mesir al-Maqrizi (meninggal pada 1441H) yang juga
merupakan seorang pengarang beberapa perjanjian Arab mengenai
penternakan lebah, menyatakan bahawa seluruh Yaman merupakan bumi
lebah.Lebah Yaman berbeza dengan lebah dari luar.
Lebah
Yaman diklasifikasikan sebagai ‘APIS MELLIFERA YEMENITICA’. Lebah-lebah
Yaman ini tidak agresif dan mempunyai saiz badan yang lebih kecil
berbanding dengan lebah Eropah, ‘APIS MELLIFERA EROPAH’ yang
menzahirkan belang-belang kelabu pada bahagian badan. Ciri-ciri lebah
Yaman ini menjadikannya sesuai dengan iklim di negara itu sehinggakan
dari tinjauan yang dibuat mendapati lebah-lebah Yaman ini tidak terkena
penyakit. Teknik-teknik penternakan lebah dan pengeluaran madu di sini
sebahagian besarnya masih lagi menggunakan cara tradisional walaupun
telah banyak negara-negara pengeluar madu menggunakan cara yang moden.
Ini adalah kerana cara moden menyebabkan banyak khasiat-khasiat
semulajadi, khasiat-khasiat perubatan dan lain-lain luput dari madu
tersebut.
Sekumpulan
lebah di Wadi Dau’an ditangkap untuk dikenal pasti dan dipilih
ratu-ratu lebah tersebut. Kemudian, setiap seekor dari ratu tersebut
akan diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang dibuat khas untuk ratu
lebah tersebut. Kotak itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam satu
tikar anyaman. Di dalam tikar tersebut terdapat rotan yang dibentuk
mengikut bentuk sarang lebah dan ditutup di salah satu penghujungnya.
Lebah-lebah pekerja yang lain kemudian akan mengikut ratu masing-masing
masuk ke dalam sarang buatan yang tersedia itu.-W.H.Ingrams,
‘Tradistional Bee-Keeping in Wadi Dau’an’, Man 37 (1937), 32.
Pada
asasnya, terdapat tiga jenis sarang lebah tradisional iaitu khaliyya
(batang kayu yang kosong ditengah), jamak (sarang daripada tanah) dan
khalaya (sarang daripada bakul rotan). Sarang-sarang ini ditutup pada
setiap penghujungnya. Kemudian lubang dibuat bagi memudahkan
lebah-lebah tersebut keluar masuk.
Terdapat
dua cara penternakan lebah yang diamalkan di sini. Yang pertama
penternakan setempat dan yang kedua ialah penternakan berpidah-randah.
Penternakan setempat dilakukan dengan cara sarang-sarang lebah
diletakkan samada di atas tanah atau di atas bumbung-bumbung rumah.
Manakala penternakan pindah-randah yang banyak terdapat di kawasan
timur menggunakn sarang berasaskan kayu. Sarang kayu lebih kuat dan
stabil dan digunakan agar lebah tidak terganggu apabila diangkut dari
satu lembah ke satu lembah di atas lori kecil. Dahulu unta-unta
digunakan sebagai pengangkutan, madu yang terhasil diisi di dalam
kulit-kulit kambing dan disimpan di dalam labu. Apabila sarang lebah
tersebut telah dipenuhi dengan madu, penternak akan memotong isi sarang
itu dengan pisau. Sedikit madu ditinggalkan di dalam sarang bagi
memenuhi keperluan lebah pada musim kemarau.
Penternak
di daerah Zabid memiliki dua hingga tiga sarang setiap keluarga berbeza
dengan penternak-pentenak lebah professional di lembah-lembah selatan
Wadi Hadramaut yang mempunyai hingga seratus unit setiap keluarga.
Di
Yaman, madu telah digunakan untuk meletakkan satu cap mohor ke atas
penyelesaian perbalahan dan cagaran dalam membuat perjanjian-perjanjian
antara ahli-ahli kabilah. Memiliki madu yang dihasilkan di tempat
sendiri merupakan satu simbol status kerana penduduk Yaman berbangga
dengan kualiti madu mereka yang baik. Pada zaman Yaman moden pula,
penduduk di sini menghidangkan madu kepada para tetamu yang bertandang
ke rumah mereka. Madu juga selalu dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan
keramaian. Madu dicampur dengan telur dianggap penting untuk kesuburan
dan kekuatan fizikal. Oleh kerana itu ia diberikan kepada
pengantin-pengantin lelaki dan juga kepada kanak-kanak lelaki yang
berkhatan.
Kaedah
perubatan tradisi Yaman menyampurkan madu dengan mentega cair untuk
diberikan kepada ibu-ibu sebaik sahaja selepas bersalin. Madu juga
digunakan secara meluas dalam menghasilkan ubat-ubatan tradisional.
Contohnya seperti madu dicampurkan dengan labu pahit kemenyan menjadi
penawar mujarab bagi sembelit, madu dicampurkan dengan biji lobak
menjadi penguat tenaga batin, madu dicampurkan dengan hiltit (sejenis
perekat perubatan Asa Feotida) dapat membantu melancarkan perjalanan
haid dan dengan beberapa jenis tumbuhan ia boleh merawat penyakit gila
babi.
Rasa
madu Yaman berbeza dengan rasa madu yang diimport dari negara lain.
Madu Yaman juga dapat dibezakan dan juga dikenal pasti asal daerahnya
dari warna dan bau. Darjah kelembapan dan kepekatan ekoran darin
peratusan air adalah sangat penting dalam menentukan gred sesuatu jenis
madu itu.
MADU LEBAH DAN KEISTIMEWAANNYA
Allah
s.w.t. telah menciptakan sekalian makhlukNya dan memudahkan untuk
mereka barang apa yang diperlukan oleh mereka untuk meneruskan
kehidupan. Di antara ribuan makhluk ini, Allah s.w.t. telah menciptakan
sejenis serangga yang dipanggil lebah yang merupakan salah satu tanda
kebesaran peniptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah berfirman dalam
kitab suciNya mengenai lebah pengeluar madu yang mempunyai
berbagai-bagai manafaat dan penyembuh bagi keharmonian dan kebahagiaan
hidup manusia di dunia yang sementara ini. Dan Tuhanmu mewahyukan
kepada lebah: hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-ganang, di
pokok-pokok kayu dan juga di babgunan-bangunan yang didirikan oleh
manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan
buah-buahan (yang kamu sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan
Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu, akan
keluarlah minuman(madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya
yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis
penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(al-Nahl: 68-69)
Di
dalam satu riwayat hadis yang dinukilkan oleh Abu Sa’ed al-Khudri r.a.,
beliau telah berkata, “seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah
s.a.w. untuk mengadu tentang sakit perut.” Rasulullah s.a.w. telah
bersabdakepada beliau, “Berilah dia minum madu.” Lelaki tadi pun
memberikan madu untuk diminum oleh saudaranya itu. Kemudian beliau
datang lagi untuk bertemu Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Aku telah
memberikannya minum madu, tetapi perutnya masih sakit.” Rasulullah
s.a.w. telah bersabda kepada beliau, “Berikanlah ia minum madu.”
Kemudian lelaki itu datang lagi dengan pengaduan bahawa penyakit perut
saudaranya itu masih juga belum sembuh. Demikianlah yang dilakukannya
sehingga tiga kali. Rasulullah s.a.w. masih menyuruhnya minum madu.
Lelaki itu tetap datang juga dengan pengaduan yang serupa. Dengan yang
demikian, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Allah Maha Besar, perut
saudaramu telah berdusta.” Riwayat Muslim.
Beberapa
orang ulamak telah berkata lelaki itu mempunyai sisa-sisa makanan yang
menyebabkan perutnya memulas sakit. Apabila diberikan madu kepadanya,
oleh kerana sifat madu itu adalah panas maka ia menyebabkan perut
perutnya sakit dan memulas-mulas. Kemudian diberi minum madu lagi, lalu
menambah lagi rasa memulas di dalam perut lelaki tersebut. Oleh yang
demikian, lelaki arab itu beranggapan bahawa madu itu memudaratkan
perut saudaranya sedangkan madu itu memberi kesan baik kepada perut
saudaranya itu. Setelah berulang kali diberi minum madu dan selepas
setiap kali sakitnya memulas dan apabila segala sisa-sisa makanan yang
memudaratkan badan tersebut dihancurkan dan dibuang memalui penyaluran
najis, maka barulah pulih perut saudaranya itu dan kembali tenang
keadaan dirinya dengan lenyapnya kesakitan dan kepedihan lantaran
keberkatan petunjuk Rasulullah s.a.w. dari Tuhannya.
Daripada Aisyah r.a. katanya, “Madu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w.”
Ibn
Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Penawar itu
terdapat pada tiga perkara. Bekam, meminum madu dan membakar (mencos)
diri dengan besi panas (dengan tujuan membunuh kuman) dan aku menegah
umatku dari mulakukan pembakaran badan dengan besi panas.” Al-Bukhari.
Telah
berkata jumhur ulamak bahawa madu dikeluarkan dari mulut lebah.
Diriwayatkan dari Ali r.a. bahawa beliau berkata, “Kehinaan untuk
dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah
dari air liur sejenis serangga (kain sutera dari ulat sutera) dan
semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah (madu).”
Diriwayatkan
oleh Ibnu Majah, al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Nabi
s.a.w. telah bersabda, “Madu adalah penyembuh bagi penyakit di dalam
hati dan hendaklah kamu berubat dengan madu dan al-Quran.”Diriwayatkan
oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.,
“Barang siapa yang makan madu tiga hari dalam setiap bulan, tidak akan
tertimpa keatasnya bala yang besar.”
Diriwayatkan
daripada ‘Auf bin Malik r.a. bahawa sekiranya beliau sakit, beliau akan
berkata bawakan air untukku kerana sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman
(maksudnya), “Kami menurunkan dari langit air yang berkat.” Kemudian
beliau berkata, “Bawakan madu kepadaku (kemudian beliau membaca ayat
68-69 surah al-Nahl) dan bawakanlah kepadaku minyak (zaitun) lantaran
ianya adalah dari pokok yang berkat.” Beliau mencampurkan ketiga-tiga
jenis bahan itu dan beliau membaca ayat tadi.
Keistimewaan Madu:
1. Sebagai makanan lengkap.
1. Sebagai makanan lengkap.
2. Sebagai penyembuh penyakit.
3. Sebagai antiseptik.
Kandungan Madu:-
-Vitamin A
-Natrium
-Vitamin E
-Iodin
-Karbon
-Magnesium
-Vitamin C
-Klorin
-Zat Besi
-Magganasee
-Vitamin B lengkap
-Kalium
-Kalsium Sulfur
-Kuprum
-Silica
Khasiat Madu baik untuk:
-Jantung
-Darah
-Kejang Otot
-Antiseptik
-Batuk
-Mata
-Selsema
-Kulit-Melecur
-Tenaga
-Penghadaman
-Ahli Sukan
Keistimewaan Gula Madu:
1. Gula ringkas: dektros/ mudah hadam
2. Tidak mengganggu selaput usus
3. Mudah/ cepat diserap oleh sel
4. Membekalkan tenaga segera
5. Mudah dikendalikan dan diproses buah pinggang
6. Melawaskan pembuangan air besar
7. Menenangkan mental dan fizikal.
(sumber dari http://www.albinanji.com/)